LONDON - Bola rasmi Piala Dunia 2010 didakwa oleh pembuatnya sebagai bola yang paling bulat pernah dihasilkan menerusi lapan panel acuan khas.
Ia akan dilancarkan secara rasmi oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter pada majlis undian Piala Dunia 2010 di Cape Town, Jumaat ini.
Bagaimanapun, imej bola tersebut telah dipaparkan secara eksklusif oleh akhbar SunSport semalam.
Bola tersebut diberi nama 'Jabulani' yang bermaksud untuk meraikan dalam bahasa Zulu dan reka bentuknya berdasarkan ciri-ciri Afrika Selatan.
Sebelas warna berbeza digunakan bagi menggambarkan 11 pemain setiap pasukan, 11 bahasa rasmi Afrika Selatan dan 11 suku kaum di negara itu. - Agensi
Copyright.2009@HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 - Berinformasi dan Bermaklumat.Kami menyediakan berita-berita terkini dan sensasi yang sentiasa update.Disediakan juga iklan jawatan kosong terkini dan koleksi doa dan resipi serta file-file percuma untuk anda download.Isu Semasa,Gosip Artis,Politik dan Informasi Perniagaan serta Maklumat-Maklumat Umum.
'Subscribe' emel anda untuk terima artikel terus ke emel anda.
































0 ulasan