Selamat Datang(Welcome)

HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
Berinformasi dan Bermaklumat


 Your Internet Cash Generator

Sponsor Ads

BEN 10: Hero 75 juta kanak-kanak

Dicatat oleh Pak Teh Monday, December 7, 2009

Kombinasi aksi, latar belakang digital yang artistik, kesan tata cahaya dan bunyi khas serta para pelakon yang berpakaian seperti watak-watak animasi Ben 10 berjaya membawa penonton masuk ke dalam ‘realiti’ dunia cereka itu.


DIA baru berusia 10 tahun. Tetapi dia sudah dianggap sebagai wira dalam kalangan kanak-kanak dan sesetengah orang dewasa. Ini kerana dalam usia semuda itu, dia mampu menyelamatkan keganasan dan membanteras kejahatan di seluruh dunia!

Begitulah gambaran watak Ben Tennyson (Ben) dalam rancangan kartun Ben 10 yang semakin diminati kanak-kanak seluruh dunia.

Dalam siri itu, Ben ialah seorang kanak-kanak biasa. Tetapi secara tidak sengaja, dia telah mendapat satu kuasa luar biasa apabila menemui seutas jam tangan peranti makhluk asing ketika sedang mengembara bersama datuk dan sepupunya, Gwen Tennyson.

MENGENAKAN kostum menyerupai watak-watak animasi Ben 10 di televisyen.

Menariknya, jam tangan yang ditemui itu bukan sahaja memberi kuasa luar biasa kepada Ben, malah membolehkan dia berubah menjadi 10 wira makhluk asing berbeza untuk sementara waktu.

Jam tangan itu dinamakan The Omnitrix. Selain menggunakan jam itu untuk menyelamatkan dunia, jiwa kanak-kanak Ben tidak dapat mengelak daripada menggunakan alat itu untuk berlagak nakal.

Dia menggunakan alat itu untuk menjelajah, mengintip dan cuba menonton wayang secara curi-curi tanpa pengawasan ibu bapanya.

PERSEMBAHAN teater turut dimantapkan menerusi garapan multimedia.

Begitulah pengenalan kartun Ben 10 yang disiarkan di saluran Cartoon Network pada pukul 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat. Ia turut disiarkan di TV3 pada pukul 10 pagi setiap Sabtu.

Ia diminati ramai sehingga pelbagai barangan Ben 10 dihasilkan seperti patung aksi dan majalah diperkenalkan untuk memenuhi permintaan ramai.

Persembahan teater

Baru-baru ini, peminat fanatik Ben 10 dapat menyaksikan hero pujaan mereka secara langsung. Ia bukan dalam bentuk kartun tetapi dalam bentuk persembahan teater yang diadakan pada 27 hingga 29 November lalu di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dibawakan oleh Asiapromote Ventures Sdn. Bhd., ia diterbitkan Cartoon Network Enterprises dan Millennium Entertainment International. Teater itu menggandingkan bakat 26 pelakon antarabangsa termasuk pelakon lagak ngeri profesional dari Australia dan Amerika Latin.

Pengarah Urusan Asiapromote Ventures, Wan Zaleha Radzi, berkata, Cartoon Network Live on Stage - Power Of the Omnitrix yang menampilkan Ben 10 itu memberikan satu pengalaman baru kepada peminat animasi itu.

AKSI pelakon yang menarik perhatian penonton.

"Para penonton terpegun menyaksikan lakonan lagak ngeri secara langsung berdasarkan jalan cerita Ben 10.

"Kombinasi aksi, latar belakang digital yang artistik, kesan tata cahaya dan bunyi khas serta para pelakon yang berpakaian seperti watak-watak dalam kartun Ben 10 berjaya membawa penonton masuk ke dalam dunia cereka itu.

"Watak Ben dalam Ben 10 ialah hero kepada 75 juta kanak-kanak di Asia dan saya percaya ramai peminat Ben 10 di Asia tidak sabar menantikan kemunculannya di tempat mereka," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Persembahan ekstravaganza yang menggabungkan siri terbaik di dalam Ben 10 dan Ben 10 Alien Force itu mendebarkan penonton selama 90 minit ia dipentaskan.

DARI kiri: David Harrison (memegang watak Ben), Paul Holmes (Grandpa Max) dan Khali Grimshaw (Gwen).

Antara aksi yang dapat dipersembahkan termasuklah persembahan lagak ngeri papan luncur, akrobatik yang menakjubkan, adegan aksi yang hebat dan kombinasi efek multimedia yang memukau penonton.

Pementasan itu menampilkan 14 karakter yang memakai kostum termasuk Ben dan sepupunya Gwen, Kevin Levin dan Grandpa Max.

Babak pertama pementasan itu berdasarkan episod pertama Ben 10. Ia mengisahkan sejarah penemuan Omnitrix dan bagaimana alat itu boleh mengubahnya menjadi wira makhluk asing.


Babak berikutnya, Ben dan sepupunya Gwen sudah berusia 15 tahun. Ketika itu, datuk Ben, Grandpa Max, telah meninggal dunia dan Ben pula tidak lagi menggunakan Omnitrix, sebaliknya memberi tumpuan pada pelajaran.

"Saya sendiri pergi buat tinjauan orang ramai terhadap sambutan kartun ini sebelum membawa ia ke pentas. Saya lihat, kartun ini memang digilai! Saya sendiri tidak menafikan mula meminati kartun ini," ujarnya yang mengakui memang peminat rancangan kartun.

Unsur komedi

Sementara itu, penerbit teater dari Millennium Entertainment International, Nicholas Larkin yang begitu ceria dalam sidang akhbar pengumuman pementasan itu memberitahu dia sendiri sudah jadi seperti kanak-kanak.

Bukan apa, katanya, dia mahu kanak-kanak merasa dekat dengan watak-watak yang selama ini hanya dilihat di dalam kaca TV sahaja.

"Walaupun ada banyak aksi, tetapi saya tidak merasakan ia menjurus ke arah keganasan. Ini kerana, dalam setiap persembahan masih ada diselitkan unsur-unsur komedi," ujarnya.

Tambah beliau, untuk menghasilkan pementasan itu, beliau mengambil masa tiga bulan membuat persediaan sebelum bersedia dipertontonkan kepada khalayak.

BEN (tiga dari kiri) melihat pada jam tangan ajaibnya.

"Saya berasa lega kerana ada pasukan yang kuat untuk memastikan pementasan berjalan baik. Begitu juga dengan para pelakon yang berdisiplin dalam menjayakannya," ujarnya.

Katanya, selain watak dan barisan pelakon yang dipersembahkan, turut menjadi tarikan dalam pementasan itu ialah persembahan multimedia.

Ada kesan bunyi dan cahaya yang seiring dengan aksi pelakon di atas pentas.

"Saya sendiri tengok berkali-kali dan tidak jemu. Selepas Malaysia, pelakon dan pementasan ini akan meneruskan jelajah di beberapa buah negara Asia yang lain," katanya.

Bagi pelakon utamanya, David Harrison, 19, peluang memegang watak utama Ben 10 ibarat mimpi yang menjadi kenyataan.

"Ia amat mengagumkan! Ini kerana, saya sendiri memang meminati kartun ini. Secara kebetulan, saya telah menghadiri uji bakat dan terus diterima memegang watak ini," kata anak muda itu.

Penampilan Harrison hampir sama dengan karakter Ben. Selain daripada bakat, kelebihan itu juga menyebabkan dia terpilih memegang watak tersebut.

"Apa yang lebih menggembirakan saya adalah dalam cerita itu, saya seperti benar-benar ada kuasa. Kanak-kanak memang sukakan saya dan saya juga sukakan watak yang saya bawa," kata Harrison.

Bekerjasama

Keseronokan bukan alasan utama. Sebaliknya, Harrison lebih gembira jika dia dapat terus bekerjasama dengan tenaga produksi pentas dan berpeluang menjelajah ke beberapa buah negara dengan menyarung kostum Ben 10.

Tidak banyak beza pandangan dan perasaan dengan 'sepupu' Ben, Khali Grimshaw, 21, yang memegang watak Gwen Tennyson.

Dia merupakan pelajar yang sedang mengikuti kelas pementasan teater di Sydney, Australia sejak tahun 1994, selain menyertai sebuah akademi tarian.

Bertubuh kecil tetapi berbakat besar, Grimshaw seronok bergandingan buat julung kali dengan Harrison dalam pementasan teater itu.

"Banyak benda baru yang saya belajar daripada pementasan ini. Sebelum ini, saya banyak terlibat dengan tarian. Tetapi jiwa remaja saya benar-benar gembira untuk memegang watak hiburan kanak-kanak," katanya.

RUPA Ben 10 versi kartun yang ditonton di kaca televisyen.

Grimshaw menambah: "Saya tidak terlalu kekok untuk bawa watak ini sebab saya sendiri memang mudah menjiwai watak Gwen."

Pementasan itu turut dibintangi Alex Osmond (Kevin Levin). Tambahan dua watak yang baru diperkenalkan iaitu Rocks dan Squidstrictor membuatkan pementasan itu lebih hidup.

Power of the Omnitrix sebelum ini dipentaskan di Bangkok, Thailand dan menerima sambutan menggalakkan.

-kosmo!

Photobucket














Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



Copyright.2009@HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 - Berinformasi dan Bermaklumat.Kami menyediakan berita-berita terkini dan sensasi yang sentiasa update.Disediakan juga iklan jawatan kosong terkini dan koleksi doa dan resipi serta file-file percuma untuk anda download.Isu Semasa,Gosip Artis,Politik dan Informasi Perniagaan serta Maklumat-Maklumat Umum.

'Subscribe' emel anda untuk terima artikel terus ke emel anda.

0 ulasan

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk memberi komen berkaitan artikel ini.Setiap komen yang anda sampaikan tidak bermaksud pihak admin menyetujuinya.Setiap komen tetap menjadi hak milik anda.Terima kasih.

POST TERBARU DAN TERKINI

Powered by Blogger Widgets

TAWARAN DAN PENGUMUMAN

Pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 sedang mencari pengunjung bertuah.

Mana-mana pengunjung yang melawat blog kami berpeluang mendapat hadiah misteri sekiranya emel mereka terpilih.

Pemilihan berdasarkan kepada komen yang anda lakukan pada posting.

Oleh itu sekiranya anda berkomen pastikan anda tinggalkan link emel anda agar pihak kami dapat menjejak anda sekiranya anda adalah orang yang bertuah mendapat hadiah misteri tersebut.

Setiap komen berpotensi untuk memenangi hadiah sekiranya emel anda termasuk dalam undian kami.

Mudahkan....hanya berkomen dan tinggalkan link emel........anda berpeluang memenangi hadiah.

Apakah hadiah misteri tersebut akan kami umumkan kemudian.

Nilai hadiah bergantung kepada jumlah penajaan.

Kiranya ada penaja yang sudi hulurkan hadiah pihak kami alu-alukan dan link penaja akan diletakkan dalam blog kami.

Jika berminat boleh hubungi Admin melalui "Contact Me" ruangan atas blog ini.

Mungkin dengan adanya sumbangan dari pihak penaja akan memeriahkan lagi blog ini.

Terima kasih.



Admin
HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

.............................................................................................................................................................

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) / Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN)

-Alamat-Alamat IKBN/IKTBN
-Syarat Dan Kelayakan
-Kursus Yang Ditawarkan


###recentComment###

My Shop (Klik Banner)

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

** Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**



Anda mungkin pernah terdengar tentang (Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan) RLTKK v1. Anda juga mungkin pernah terdengar tentang RLTKK v2. Kini muncul pula RLTKK v3.

Persoalannya, apa yang menarik tentang ebook ini sehinggakan ianya masih menjadi ebook panduan temuduga #1 di Malaysia ? Apa rahsia yang di kongsi oleh penulis ebook ini sehinggkan RAMAI yang telah berjaya mendapat pekerjaan setelah membaca panduan yang diberikan ?

Mungkin semua persoalan di atas selalu bermain difikiran anda apabila melihat kami sering mempromosikan ebook tersebut dalam posting dan blog kami.

Untuk pengetahuan anda, pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 amat menggalakkan anda untuk membaca ebook nukilan saudara Jamal ini kerana ianya telah TERBUKTI banyak membantu calon bagi menghadapi temuduga.

Panduan lengkap ini merangkumi cara menulis resume yang berkualiti, contoh soalan dan jawapan temuduga, strategi mejawab soalan temuduga dan banyak lagi. Segala yang anda perlukan bagi menghadapi temuduga ada di dalam ebook ini.

Klik SINI untuk mendapatkan RLTKK v3.


Sedang Meninjau Blog Ini

Mahu Artikel Terkini Terus Masuk Ke Emel Anda?

Masukkan Emel Anda Disini

(Emel Anda Adalah Selamat)

:

Ditaja oleh FeedBurner

Visit HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

Komen Terkini

Grab This Widget

10 Posting Paling Popular