Selamat Datang(Welcome)

HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
Berinformasi dan Bermaklumat


 Your Internet Cash Generator

Sponsor Ads

MOTIVASI: 4 Senjata Usahawan Internet

Dicatat oleh Pak Teh Sunday, November 15, 2009

Hai salam sejahtera...

Semoga tahun baru yang bakal tiba akan memberikan satu perubahan yang lebih baik daripada tahun ini. :)

Seperti dalam tajuk di atas, seseorang usahawan internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih berganti ini.

Umumnya, kita pasti akan rasa senjata ini ialah alatan atau perkakasan yang digunapakai semasa 'pertarungan' berlangsung, tetapi sedarkah kita bahawa senjata yang paling utama bukanlah alatan serta material ini ?

Sememangnya ianya juga adalah senjata, tapi ia bukan menduduki ranking pertama senjata yang diperlukan ketika kita menceburi bidang ini.

Terdapat senjata lain yang lebih penting serta lebih menginggalkan kesan kepada kita. Apakah senjata tersebut ? Sebenarnya, mereka ada dalam diri kita...


Senjata #1 : FOKUS

Fokus merupakan satu aspek terpenting yang perlu ada dalam diri kita, terutamanya kita yang ingin menjana pendapatan di internet ini.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana usahawan di dunia ini.

Sebagai contoh, Bill Gates sanggup meninggalkan alam universitinya di Harvard semata-mata ingin FOKUS kepada usahanya membangunkan microsoft.Buktinya ? Beliau menjadi orang yang terkaya di dunia.

Tanpa fokus, kita selama-lamanya tidak akan sedar kebolehan dan bakat sebenar kita. Tanpa senjata ini juga, kita tidak akan berjaya menjana pendapatan online mahupun offline selama-lamanya.


Senjata #2 : MATLAMAT

Membuat kerja dengan fokus yang tinggi juga akan jadi sia-sia jika kita tidak menetapkan matlamat.

Matlamat adalah apa yang kita hajati dan apa yang kita azamkan. Matlamat perlulah rasional serta mampu untuk dicapai oleh kapasiti kita sendiri.

Sebagai contoh, saya menetapkan matlamat untuk menjana pendapatan di internet sebanyak RM10,000 tahun ini. Jadi saya perlulah menyelidiki sama ada matlamat saya ini mampu dicapai atau tidak.

Matlamat sewajarnya tidak banyak. Lebih baik sedikit namun tercapai daripada banyak tapi tak tercapai langsung. Boleh dapat point saya ? :)


Senjata #3 : SEMANGAT

Ramai orang mengeluh bahawa mereka gagal. Tapi pada saya mereka bukannya gagal. Mereka cuma belum berjaya.

Point saya adalah, dengan memikirkan sesuatu itu secara positif, kita akan sentiasa memperoleh semangat baru.

Saya rasa jika Thomas Alva Edison mengaku bahawa beliau gagal dalam mencipta mentol elektriknya,mungkin hari ini kita tidak dapat mencapai keadaan seperti ini.

Thomas sendiri mengakui bahawa dia menemui cara untuk menyalakan mentol selepas dia mempelajari cara-cara yang tidak dapat menyalakan mentol. :)


Senjata #4 : MINAT

Pupuk dahulu minat anda sebelum fikir tentang hasil yang bakal diperolehi. Minat merupakan antara komponen yang sangat penting kepada usahawan internet.

Jika kita hanya memikirkan HASIL, apabila tiada hasil di lubuk A, kita akan lari ke lubuk B.Selepas lubuk B kering kontang, kita 'menyelam'pula ke dalam lubuk duit C.

Sepatutnya, kita tanam dahulu MINAT di dalam satu-satu arena yang kita inginkan. Minat ini akan bercambah menjadi bakat dan kemudian bakat inilah yang akan membuahkan hasil. Hasil yang diperolehi menerusi minat adalah hasil yang
kekal dan tetap.

Sebagai contoh, jika kita minat melukis,pelajari dahulu sistem dalam adobe photoshop.
Kemudian, kita kembangkan kemahiran kita ke tahap yang lebih tinggi. Akhirnya, kita
menjalankan servis design yang mendatangkan pulangan RM1k sehari.

Ini menerangkan betapa pentingnya minat dalam diri setiap usahawan internet. Jika ada minat,sekali kita jatuh, kita mampu untuk berdiri kembali.


Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu kita meniti tahun baru 2010 yang bakal tiba nanti...

Jatuh bangun seseorang dalam bidang keusahawanan/perniagaan adalah kerana beliau BERANI GAGAL

Photobucket














Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



Copyright.2009@HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 - Berinformasi dan Bermaklumat.Kami menyediakan berita-berita terkini dan sensasi yang sentiasa update.Disediakan juga iklan jawatan kosong terkini dan koleksi doa dan resipi serta file-file percuma untuk anda download.Isu Semasa,Gosip Artis,Politik dan Informasi Perniagaan serta Maklumat-Maklumat Umum.

'Subscribe' emel anda untuk terima artikel terus ke emel anda.

0 ulasan

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk memberi komen berkaitan artikel ini.Setiap komen yang anda sampaikan tidak bermaksud pihak admin menyetujuinya.Setiap komen tetap menjadi hak milik anda.Terima kasih.

POST TERBARU DAN TERKINI

Powered by Blogger Widgets

TAWARAN DAN PENGUMUMAN

Pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 sedang mencari pengunjung bertuah.

Mana-mana pengunjung yang melawat blog kami berpeluang mendapat hadiah misteri sekiranya emel mereka terpilih.

Pemilihan berdasarkan kepada komen yang anda lakukan pada posting.

Oleh itu sekiranya anda berkomen pastikan anda tinggalkan link emel anda agar pihak kami dapat menjejak anda sekiranya anda adalah orang yang bertuah mendapat hadiah misteri tersebut.

Setiap komen berpotensi untuk memenangi hadiah sekiranya emel anda termasuk dalam undian kami.

Mudahkan....hanya berkomen dan tinggalkan link emel........anda berpeluang memenangi hadiah.

Apakah hadiah misteri tersebut akan kami umumkan kemudian.

Nilai hadiah bergantung kepada jumlah penajaan.

Kiranya ada penaja yang sudi hulurkan hadiah pihak kami alu-alukan dan link penaja akan diletakkan dalam blog kami.

Jika berminat boleh hubungi Admin melalui "Contact Me" ruangan atas blog ini.

Mungkin dengan adanya sumbangan dari pihak penaja akan memeriahkan lagi blog ini.

Terima kasih.



Admin
HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

.............................................................................................................................................................

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) / Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN)

-Alamat-Alamat IKBN/IKTBN
-Syarat Dan Kelayakan
-Kursus Yang Ditawarkan


###recentComment###

My Shop (Klik Banner)

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

** Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**



Anda mungkin pernah terdengar tentang (Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan) RLTKK v1. Anda juga mungkin pernah terdengar tentang RLTKK v2. Kini muncul pula RLTKK v3.

Persoalannya, apa yang menarik tentang ebook ini sehinggakan ianya masih menjadi ebook panduan temuduga #1 di Malaysia ? Apa rahsia yang di kongsi oleh penulis ebook ini sehinggkan RAMAI yang telah berjaya mendapat pekerjaan setelah membaca panduan yang diberikan ?

Mungkin semua persoalan di atas selalu bermain difikiran anda apabila melihat kami sering mempromosikan ebook tersebut dalam posting dan blog kami.

Untuk pengetahuan anda, pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 amat menggalakkan anda untuk membaca ebook nukilan saudara Jamal ini kerana ianya telah TERBUKTI banyak membantu calon bagi menghadapi temuduga.

Panduan lengkap ini merangkumi cara menulis resume yang berkualiti, contoh soalan dan jawapan temuduga, strategi mejawab soalan temuduga dan banyak lagi. Segala yang anda perlukan bagi menghadapi temuduga ada di dalam ebook ini.

Klik SINI untuk mendapatkan RLTKK v3.


Sedang Meninjau Blog Ini

Mahu Artikel Terkini Terus Masuk Ke Emel Anda?

Masukkan Emel Anda Disini

(Emel Anda Adalah Selamat)

:

Ditaja oleh FeedBurner

Visit HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

Komen Terkini

Grab This Widget

10 Posting Paling Popular