Selamat Datang(Welcome)

HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
Berinformasi dan Bermaklumat


 Your Internet Cash Generator

Sponsor Ads

Keputusan UPSR hari ini.

Dicatat oleh Pak Teh Thursday, November 19, 2009


CEMERLANG....Pelajar-pelajar yang mendapat 5A dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara meraikan kejayaan cemerlang mereka dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.Foto THE Star Oleh: AZHAR MAHFOF


Pencapaian UPSR Meningkat - Alimuddin

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini.Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian calon-calon luar bandar walaupun masih ketinggalan berbanding dengan pencapaian calon-calon bandar pada keseluruhannya juga semakin baik.

"Pada keseluruhannya, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin dapat dirapatkan. Hal ini dapat dilihat daripada penguncupan beza antara bandar dan luar bandar bagi kesemua ukuran pencapaian calon pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya.

Perbezaan jumlah murid cemerlang luar bandar dan bandar pada tahun ini mengalami penguncupan sebanyak 3.64 peratus berbanding dengan 4.22 peratus pada tahun lepas.

Sementara perbezaan pencapaian baik di antara murid bandar dan luar bandar mengalami penguncupan sebanyak 5.55 peratus berbanding dengan 6.25 peratus pada tahun lepas.

Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus, katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon. BERNAMA

Photobucket














Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



Copyright.2009@HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 - Berinformasi dan Bermaklumat.Kami menyediakan berita-berita terkini dan sensasi yang sentiasa update.Disediakan juga iklan jawatan kosong terkini dan koleksi doa dan resipi serta file-file percuma untuk anda download.Isu Semasa,Gosip Artis,Politik dan Informasi Perniagaan serta Maklumat-Maklumat Umum.

'Subscribe' emel anda untuk terima artikel terus ke emel anda.

0 ulasan

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk memberi komen berkaitan artikel ini.Setiap komen yang anda sampaikan tidak bermaksud pihak admin menyetujuinya.Setiap komen tetap menjadi hak milik anda.Terima kasih.

POST TERBARU DAN TERKINI

Powered by Blogger Widgets

TAWARAN DAN PENGUMUMAN

Pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 sedang mencari pengunjung bertuah.

Mana-mana pengunjung yang melawat blog kami berpeluang mendapat hadiah misteri sekiranya emel mereka terpilih.

Pemilihan berdasarkan kepada komen yang anda lakukan pada posting.

Oleh itu sekiranya anda berkomen pastikan anda tinggalkan link emel anda agar pihak kami dapat menjejak anda sekiranya anda adalah orang yang bertuah mendapat hadiah misteri tersebut.

Setiap komen berpotensi untuk memenangi hadiah sekiranya emel anda termasuk dalam undian kami.

Mudahkan....hanya berkomen dan tinggalkan link emel........anda berpeluang memenangi hadiah.

Apakah hadiah misteri tersebut akan kami umumkan kemudian.

Nilai hadiah bergantung kepada jumlah penajaan.

Kiranya ada penaja yang sudi hulurkan hadiah pihak kami alu-alukan dan link penaja akan diletakkan dalam blog kami.

Jika berminat boleh hubungi Admin melalui "Contact Me" ruangan atas blog ini.

Mungkin dengan adanya sumbangan dari pihak penaja akan memeriahkan lagi blog ini.

Terima kasih.



Admin
HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

.............................................................................................................................................................

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) / Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN)

-Alamat-Alamat IKBN/IKTBN
-Syarat Dan Kelayakan
-Kursus Yang Ditawarkan


###recentComment###

My Shop (Klik Banner)

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

** Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**



Anda mungkin pernah terdengar tentang (Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan) RLTKK v1. Anda juga mungkin pernah terdengar tentang RLTKK v2. Kini muncul pula RLTKK v3.

Persoalannya, apa yang menarik tentang ebook ini sehinggakan ianya masih menjadi ebook panduan temuduga #1 di Malaysia ? Apa rahsia yang di kongsi oleh penulis ebook ini sehinggkan RAMAI yang telah berjaya mendapat pekerjaan setelah membaca panduan yang diberikan ?

Mungkin semua persoalan di atas selalu bermain difikiran anda apabila melihat kami sering mempromosikan ebook tersebut dalam posting dan blog kami.

Untuk pengetahuan anda, pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 amat menggalakkan anda untuk membaca ebook nukilan saudara Jamal ini kerana ianya telah TERBUKTI banyak membantu calon bagi menghadapi temuduga.

Panduan lengkap ini merangkumi cara menulis resume yang berkualiti, contoh soalan dan jawapan temuduga, strategi mejawab soalan temuduga dan banyak lagi. Segala yang anda perlukan bagi menghadapi temuduga ada di dalam ebook ini.

Klik SINI untuk mendapatkan RLTKK v3.


Sedang Meninjau Blog Ini

Mahu Artikel Terkini Terus Masuk Ke Emel Anda?

Masukkan Emel Anda Disini

(Emel Anda Adalah Selamat)

:

Ditaja oleh FeedBurner

Visit HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

Komen Terkini

Grab This Widget

10 Posting Paling Popular