Selamat Datang(Welcome)

HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
Berinformasi dan Bermaklumat


 Your Internet Cash Generator

Sponsor Ads

Pelaburan bijak

Dicatat oleh Pak Teh Friday, April 10, 2009

Duit yang disimpan itu perlu dilaburkan semula dengan bijak untuk mendapatkan keuntungan.



KITA hendaklah bijak melakukan pelaburan di institusi yang memberikan pulangan lumayan. - Gambar hiasan

KITA adalah insan Allah yang perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan. Bagi memperoleh apa yang diidamkan itu, kita sepatutnya memerlukan wang.

Hayati apakah amalan-amalan mudah yang perlu dilakukan bagi memperoleh sumber kewangan. Selain berusaha, kita seharusnya menggunakan imbuhan lain seperti berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal.

Di bawah ini adalah amalan mudah yang boleh dipraktikkan pada setiap hari:

Doa

"Beri rezekilah kepada kami dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama" -Surah Al-Maidah, ayat 114.

Allah s.w.t ialah zat pemberi rezeki utama. Oleh itu, kita seharusnya berdoa dan bermohon kepada-Nya sambil berusaha mengikut bidang kerja masing-masing. Kita merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Setiap kali, kita inginkan impian kita terlaksana, salah satu usaha yang boleh kita lakukan adalah berdoa dan melakukan sembahyang hajat. Selain itu juga, selepas melakukan sembahyang fardu atau sembahyang sunat atau sembahyang hajat, ayat di atas boleh dijadikan doa pada sujud terakhir atau dijadikan zikir harian. Insya-Allah, doa kita pasti dimakbulkan.

Menyimpan sehingga dompet tebal

Sesiapa sahaja yang sanggup menyimpan dan mengisi dompetnya dengan 10 peratus daripada pendapatannya, dia akan mendapati bahawa duit tersebut akan menjadi harta untuk masa depan dan keluarganya. Paling penting, duit yang disimpan itu perlu dilaburkan semula dengan bijak untuk mendapatkan keuntungan.

* Jangan berbelanja mengikut nafsu

Keinginan dan idaman setiap orang adalah berbeza. Keinginan inilah yang menjadikan kita lupa sama ada ia adalah satu keperluan atau pembaziran. Di sinilah juga, kita harus belajar bagaimana mengawal nafsu berbelanja. Apabila kita bijak mengatakan 'tak nak' pada pembaziran, Insya-Allah simpanan dan pelaburan akan sentiasa bertambah.

* Tingkatkan pelaburan

Dengan menggunakan 10 peratus daripada duit pendapatan kita dan disimpan begitu sahaja, wang itu tidak akan bertambah. Oleh itu, kita hendaklah bijak melakukan pelaburan di institusi yang memberikan pulangan lumayan. Jangan pula melabur menerusi pelaburan yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi dalam masa yang singkat seperti skim cepat kaya kerana risiko yang kita hadapi juga akan tinggi dan berkemungkinan wang simpanan akan lebur 100 peratus. Selain itu, jangan pula terlalu takut untuk melabur sehingga kita menyimpan duit di rumah. Ini kerana hal ini juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Oleh itu, tingkatkanlah pelaburan dengan baik dan berwaspada.

* Jaga harta sebaik mungkin.

Apabila pelaburan yang kita buat mendatangkan hasil, kita seharusnya menyimpan dengan baik. Janganlah kita meminjamkan wang dengan mudah kepada orang yang tidak boleh dipercayai. Ini kerana, bimbang mereka tidak akan membayar balik pinjaman itu dan apa yang sedihnya ialah tali persaudaraan atau persahabatan yang baik akan terputus.

* Insurans pendapatan

Apabila usia mencecah remaja, waktu inilah kita patut merancang kewangan atau pendapatan. Salah satu cara terbaik adalah mengambil polisi insurans. Ini kerana, jika tiga perkara iaitu kematian, serangan penyakit berbahaya atau hilang upaya keseluruhan menimpa diri maka wang yang akan kita terima daripada polisi insurans itulah yang akan membantu meneruskan perjalanan hidup kita setelah ditimpa dugaan dari Allah s.w.t

* Menambah simpanan dengan bekerja sambilan

Persoalan: "Saya nak menyimpan duit dan juga ingin membuat pelaburan, tetapi nak buat macam mana kalau setiap bulan, duit saya tidak mencukupi? Jawapannya: Apabila pendapatan yang kita peroleh kini tidak mencukupi dan tidak dapat menampung keperluan harian kita dan keluarga, kita hendaklah menambah pendapatan dengan membuat satu atau dua pekerjaan tambahan.

Perhatikan kebolehan sendiri. Ada yang mempunyai kebolehan dalam teknik menjual, ada juga dalam bidang muzik dan ada pula dalam bidang pendidikan.



APABILA kita dapat menambah pendapatan dengan pekerjaan kedua atau ketiga, wang tersebut sebaik-baiknya disimpan atau dilaburkan 100 peratus. - Gambar hiasan

Apa juga kebolehan kita, gunakanlah hadiah kurniaan Allah s.w.t itu untuk menambah pendapatan. Penting, apabila kita dapat menambah pendapatan dengan pekerjaan kedua atau ketiga, wang tersebut sebaik-baiknya disimpan atau dilaburkan 100 peratus.

Saya pasti, jika amalan-amalan yang tertera di atas dilakukan dengan penuh minat dan tanggungjawab, segala masalah kewangan yang dihadapi dapat ditangani dengan baik dan sempurna.

-KOSMO!-

Memang benar dan sebenar-benarnya.Iklan dibawah ini merupakan satu pelaburan untuk anda.











Enter your email address:

Delivered by FeedBurner




Copyright.2009@HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 - Laman Info Terkini,Panas,Sensasi Tentang Berita Dalam Dan Luar Negara,Isu Semasa,Gosip Artis,Politik dan Informasi Perniagaan serta Maklumat-Maklumat Umum.

'Subscribe' emel anda untuk terima artikel terus ke emel anda.

0 ulasan

Post a Comment

Anda dialu-alukan untuk memberi komen berkaitan artikel ini.Setiap komen yang anda sampaikan tidak bermaksud pihak admin menyetujuinya.Setiap komen tetap menjadi hak milik anda.Terima kasih.

POST TERBARU DAN TERKINI

Powered by Blogger Widgets

TAWARAN DAN PENGUMUMAN

Pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 sedang mencari pengunjung bertuah.

Mana-mana pengunjung yang melawat blog kami berpeluang mendapat hadiah misteri sekiranya emel mereka terpilih.

Pemilihan berdasarkan kepada komen yang anda lakukan pada posting.

Oleh itu sekiranya anda berkomen pastikan anda tinggalkan link emel anda agar pihak kami dapat menjejak anda sekiranya anda adalah orang yang bertuah mendapat hadiah misteri tersebut.

Setiap komen berpotensi untuk memenangi hadiah sekiranya emel anda termasuk dalam undian kami.

Mudahkan....hanya berkomen dan tinggalkan link emel........anda berpeluang memenangi hadiah.

Apakah hadiah misteri tersebut akan kami umumkan kemudian.

Nilai hadiah bergantung kepada jumlah penajaan.

Kiranya ada penaja yang sudi hulurkan hadiah pihak kami alu-alukan dan link penaja akan diletakkan dalam blog kami.

Jika berminat boleh hubungi Admin melalui "Contact Me" ruangan atas blog ini.

Mungkin dengan adanya sumbangan dari pihak penaja akan memeriahkan lagi blog ini.

Terima kasih.



Admin
HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

.............................................................................................................................................................

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) / Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN)

-Alamat-Alamat IKBN/IKTBN
-Syarat Dan Kelayakan
-Kursus Yang Ditawarkan


###recentComment###

My Shop (Klik Banner)

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

** Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**Ramai yang telah berjaya dengan e-book ini.Anda dah cuba?**



Anda mungkin pernah terdengar tentang (Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan) RLTKK v1. Anda juga mungkin pernah terdengar tentang RLTKK v2. Kini muncul pula RLTKK v3.

Persoalannya, apa yang menarik tentang ebook ini sehinggakan ianya masih menjadi ebook panduan temuduga #1 di Malaysia ? Apa rahsia yang di kongsi oleh penulis ebook ini sehinggkan RAMAI yang telah berjaya mendapat pekerjaan setelah membaca panduan yang diberikan ?

Mungkin semua persoalan di atas selalu bermain difikiran anda apabila melihat kami sering mempromosikan ebook tersebut dalam posting dan blog kami.

Untuk pengetahuan anda, pihak HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 amat menggalakkan anda untuk membaca ebook nukilan saudara Jamal ini kerana ianya telah TERBUKTI banyak membantu calon bagi menghadapi temuduga.

Panduan lengkap ini merangkumi cara menulis resume yang berkualiti, contoh soalan dan jawapan temuduga, strategi mejawab soalan temuduga dan banyak lagi. Segala yang anda perlukan bagi menghadapi temuduga ada di dalam ebook ini.

Klik SINI untuk mendapatkan RLTKK v3.


Sedang Meninjau Blog Ini

Mahu Artikel Terkini Terus Masuk Ke Emel Anda?

Masukkan Emel Anda Disini

(Emel Anda Adalah Selamat)

:

Ditaja oleh FeedBurner

Visit HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

Komen Terkini

Grab This Widget

10 Posting Paling Popular